Thursday, March 3, 2011

Biasiswa : Yayasan Tunku Abdul Rahman



Sumber : http://yayasantar.org.my/


Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa  Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.
 
 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas
 (i)  Warganegara Malaysia.
(ii)  Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(iii) Baru tamat Semester Satu *, Tahun Pertama Ijazah Sarjana Muda di mana-mana   InstitusiPengajian Tinggi Tempatan dalam negara.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i)  Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asas.
(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Tahun Satu (1),program   Ijazah                        Sarjana Muda.        
(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.

(c) Syarat Tambahan

(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara                       sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas   tamat pengajian yang ditaja.
     *  Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan penuh Semester Kedua, Tahun Pertama, iaitu apabila sah mendapat PNGK / CGPA melebihi 3.5 untuk Tahun Pertama. 
                                                      
 KADAR BIASISWA

 Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
             (i)  Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.
            (ii)  Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas
      (sekali setahun).     

(v)  Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di
      Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).
     

 PERMOHONAN

Klik  DI SINI  untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.  Semua Permohonanmesti dibuat melalui Timbalan  Naib  Canselor  (Hal  Ehwal  Pelajar) universiti anda.  Jika tidak ia akan ditolak.
 Tarikh tutup permohonan : 31 Mac 2011
 Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk  temuduga.
 Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms